Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". H.R. Muslim |
Assalammualaikum anta dan anti sekalian... Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam. Oleh itu, kita perlu memperbaiki situasi ini...Perpaduan dan ukhwah sesama insan perlu diperutuhkan lagi kerana taqwa dan perpaduan merupakan asas keselamatan di akhir zaman.. Ana amat berharap agar ukhwah dapat dipereratkan sesama kita untuk melindungi dan memartabatkan nama Islam di mata dunia..Hal ini tidak dapat diuruskan sendirian...perlukan gandingan sesama insan..Mudah-mudahan ini akan menyedarkan insan yang sering lalai selama ini...asyik dengan kemewahan dunia...sehingga lupa akhirat yang bakal menjelang~ |
Tuesday, December 21, 2010
ISLAM KEMBALI DAGANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment